• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Jalan Utama Ke Kampung Pinang Merah Dinaiktaraf

DUNGUN, 14 Oktober - Jalan Mempelam yang menghubungkan jalan besar (Jalan Persekutuan) ke Kampung Pinang Merah selesai diturap.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pinang Merah, Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman berkata, jalan itu akhirnya menjadi laluan utama penduduk sekitar setelah  dinaiktaraf. 

"Pada asalnya jalan itu hanyalah berpasir tanpa batu kasaran dan tar, kerap kali dilalui lori pengusaha pasir. 

"Alhamdulillah, semalam jalan itu siap diturap dan mula digunapakai oleh masyarakat setempat," katanya. 

 Menurut beliau, jalan utama ini menghubungkan ke Kampung Tebing Tembah, kawasan projek Jabatan Pertanian, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Baru Pinang Merah Sejahtera dan juga ke kawasan penempatan asal Kampung Pinang Merah.

Mustaffa berharap agar penduduk kampung memanfaatkan jalan ini sebaiknya. 

"Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ahli Parlimen Dungun, Pejabat Daerah Dungun serta seluruh agensi yang terlibat dalam meluluskan projek bagi menaiktaraf Jalan Mempelam ini," katanya.

Sementara itu, salah seorang penduduk di situ, Kamal Asri meluahkan rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada MPKK setempat. 

"Alhamdulillah, kerana ini laluan utama saya setiap hari dan hari ini telah dinaiktaraf dengan berturap tar," ujarnya. 


Tag: