• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Jambatan Baharu 'Hadiah' Buat Penduduk Kuala Por

HULU TERENGGANU, 18 Oktober - Jambatan baharu bakal menjadi 'hadiah' buat penduduk Kampung Kuala Por, Kuala Berang  yang dikelola oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Hulu Terengganu dengan kerjasama JPP Negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh  yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri berkata jambatan baharu ini dijangka menelan kos hampir RM200 ribu.

"Kos projek ini dianggar lebih kurang RM200 ribu, dan telah mula dibina dalam sebulan yang lepas. Alhamdulillah, ia hampir siap untuk gantikan jambatan yang lama," katanya kepada Urus Setia penerangan Darul Iman (UPDI) ketika melakukan lawatan ke jambatan tersebut di Kampung Kuala Por, baru-baru ini.

Tambah Dr Mamad  lagi, jambatan baharu ini merupakan salah satu permintaan penduduk kampung, yang sekian lama memohon untuk menggantikan jambatan lama yang sudah uzur dan berisiko jika terus menggunakannya.

"Apabila musim hujan, jambatan lama yang sebelum ini akan tenggelam kerana tiangnya ada yang patah dan runtuh. Ini juga berisiko kepada lori atau pun jentera yang melalui jambatan itu," jelasnya.

 

 


.