• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jambatan Sementara Untuk Penduduk Belukar Bukit Sedia Digunakan

HULU TERENGGANU, 27 Mac - Jambatan sementara yang penghubung Kampung Belukar Bukit dan Kampung  Betong, Ajil yang terputus akibat banjir baru-baru ini,sedia digunakan bagi memberi kemudahan kepada penduduk dalam aktiviti harian. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata pembinaan jambatan sementara ini adalah usaha bagi memulihkan laluan perhubungan penduduk dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan terbabit.

"Jambatan sementara ini boleh digunakan untuk ibu-bapa menggunakan motosikal untuk menghantar anak anak ke sekolah memandangkan para pelajar di Kampung Belukar Bukit bersekolah di SK Betong.


"Sementara itu, cadangan untuk membina satu jambatan kekal baharu menelan kos antara RM5 hingga 6 juta yang dijangka siap dalam tempoh enam hingga lapan bulan pada tahun ini.

"Mudah-mudahan segala perancangan ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan rakyat seluruhnya," katanya.

Mengulas lanjut Maliaman berkata, pihaknya memahami kesukaran dialami penduduk selepas jambatan yang menjadi penghubung utama untuk mereka bagi melakukan akitivi harian.

"Kita maklum penduduk minta pembinaan jambatan baharu dipercepatkan. Dalam isu ini Kerajaan Negeri berusaha untuk mempermudahkan keperluan penduduk kampung, mereka alami trauma kesan kejadian banjir besar yang pertama kali berlaku.

"Ketika ini penduduk kampung terpaksa melalui jalan lebih jauh selepas jambatan itu runtuh, jambatan itu adalah keperluan mereka terutama untuk pelajar ke sekolah serta orang ramai keluar ke Kampung Betong," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau aktiviti ibu bapa menghantar anak anak kesekolah menggunakan jambatan sementara terbabit, di sini hari ini.

Sementara itu, Guru Besar SK Betong, Azli Saad berterima kasih kepada ADUN Ajil dan Kerajaan Negeri atas usaha pembinaan jambatan sementara untuk keperluan penduduk di kawasan itu untuk menghantar anak anak ke Sekolah.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Ajil kerana begitu prihatin terhadap nasib dan keperluan penduduk. Beliau telah menunaikan janji beliau,” jelas Azli.


Tag: