• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Jambatan Teladas Air Putih Tenggelam Ditelan Air

KEMAMAN, 14 Disember - Jambatan Teladas yang merupakan antara laluan utama warga Air Putih ditenggelami air sebentar tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam berkata ia susulan tinjauan pihaknya melihat keadaan semasa jambatan berkenaan pada pagi Khamis.

"Warga Air Putih yang berisiko banjir dinasihatkan supaya bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.

"Sekiranya diminta untuk berpindah maka hendaklah disegerakan supaya mengelakkan berlaku perkara yang lebih musibah," katanya selepas tinjauan banjir pada hari ini.

Tambah Hafiz, kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat yang berlaku di daerah ini sejak semalam.

Katanya, beliau mendoakan agar perkara yang tidak dingini tidak berlaku dan keadaan cuaca di Terengganu bertambah baik.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok (Jumaat).


Tag: