• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Jangan Khuatir, Suntikan Vaksin Selamat

KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Orang ramai diminta agar tidak khuatir akan tahap keselamatan suntikan vaksin Covid-19 biarpun pelbagai berita palsu banyak tersebar mutakhir ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi, tidak dinafikan bahawa sesetengah individu berkemungkinan akan mengalami kesan sampingan tertentu selepas suntikan.

“Namun, saya dimaklumkan oleh doktor bahawa kesan sampingan itu hanyalah sementara,” katanya kepada pemberita setelah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, kelmarin.

“Justeru, saya mengajak orang ramai untuk mendaftar suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera bagi melancarkan urusan suntikan imunisasi tersebut di masa akan datang,” tambahnya lagi.

Klinik Kesihatan Chendering telah memulakan program suntikan vaksin Covid-19 sejak 2 Mac lalu untuk petugas barisan hadapan.