• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Jangan Lupa Jasa Pejuang Kemerdekaan Terdahulu

KEMAMAN, 24 Ogos - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak melupakan pengorbanan pejuang terdahulu yang memerdekakan Malaysia.

"Kita jangan lupa pengorbanan nyawa dan darah yang telah dicurahkan oleh pejuang terdahulu dalam memerdekakan negara kita yang tercinta ini.

"Antara mereka adalah Tuan Guru Haji Hasan Munas (Tok Janggut), Tuan Guru Haji Abd Rahman Limbong, Dato' Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Dol Said, Dato' Maharaja Lela dan lain lag.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan adalah sesuatu yang sukar, maka kitalah generasi yang mengisi kemerdekaan dan kita jangan lupa dan leka dengan anugerah ini," ujarnya dalam program Konvoi Merdeka anjuran Pejabat daerah Kemaman di Bukit Kuang kelmarin.

Ustaz Hazri (paling kanan) dan Mohamad A. Rahman (dua dari kanan)

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat, Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad A. Rahman, wakil Pejabat Penerangan Kemaman, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Angkatan Pertahanan Awam Kemaman.

Dalam program berkenaan, pihak Pejabat Daerah Kemaman juga turut mengagihkan Jalur Gemilang kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Kijal dalam usaha menyemarakkan suasana kemerdekaan di setiap kampung menjelang 31 Ogos nanti.