• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jaringan 'Silent Killer' Terpahat di Jersi Baru Terengganu FC

KUALA NERUS, 10 Jun- Nombor 110 di  belakang kolar koleksi jersi kedua (away) Terengganu FC yang dilancarkan hari ini menimbulkan persoalan dikalangan peminat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FCSB, Ab Rasid Jusoh, nombor tersebut merupakan jumlah gol yang dijaringkan salah seorang pemain legenda Terengganu FC, Mohamad Ashaari Shamsuddin sepanjang 222 penampilannya bersama pasukan itu.

Jelasnya, pemain yang terkenal dengan gelaran 'silent killer' itu dijadikan inspirasi bagi menghasilkan motif dan elemen utama jersi tersebut.

 

"Mempamerkan motif rekaan merujuk kepada pemain yang disayangi ramai itu, jersi ini seharusnya dijadikan salah satu koleksi yang wajib dimiliki setiap penyokong.

"Kami berharap dengan pelancaran jersi ini bakal memberikan motivasi kepada para pemain untuk lebih bersemangat dalam baki saingan Liga Super Malaysia," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Koleksi Jersi Away Terengganu FC di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, merangkap Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyempurnakan perasmian jersi terbaru itu.

Kombinasi warna keramat hitam terus menjadi pilihan Sang Penyu yang menggunakan jenama antarabangsa, Umbro dengan rekaan kolar dan lengan hitam putih bagi jersi berharga RM119 sehelai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: