lightning-solid
Berita :
Jawatan JPKK Ruang Ibadah, Medan Khidmat
Jawatan JPKK Ruang Ibadah, Medan Khidmat
Amiirullah Mansor
13 Jul 25
140

DUNGUN, 15 Julai – Jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bukan sekadar gelaran, sebaliknya merupakan medan khidmat dan ruang untuk beribadah kepada Allah SWT.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, seorang pemimpin yang bergelumang membantu masyarakat lebih utama daripada yang hanya beribadah secara bersendirian.

"Jadi JPKK bukan sekadar jawatan atau keistimewaan, tetapi satu ruang ibadah dan peluang untuk mencari reda Allah SWT.

“Turun padang, duduk semeja, dengar masalah orang kampung.

“Bincang elok-elok, cari titik damai. Bantu sesama dan buang jauh rasa besar diri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK Daerah Dungun Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Arena Merdeka, Dungun.

Beliau turut menyeru agar para JPKK sentiasa turun padang, mendengar pemasalahan orang kampung, dan memahami kesusahan sebenar yang dihadapi masyarakat.

Selain itu, beliau mengingatkan tentang kepentingan budaya mesyuarat atau syura dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.

"Bermesyuarat bukan sekadar cadangan, tapi perintah Allah SWT. Seperti mana kita disuruh solat dan berpuasa, begitu juga Allah SWT perintahkan kita bermesyuarat," katanya lagi.

 


Tag :

Artikel Berkaitan