• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Bertandang Ke Terengganu!

KUALA TERENGGANU, 30 Mei- Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) bakal berkampung di Terengganu bermula 2 sehingga 4 Jun 2022 (Khamis sehingga Sabtu) sebagai destinasi keempat selepas Johor, Perlis dan Sabah.

Program yang merupakan kesinambungan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia itu membawa fokus utama 'Keluarga Malaysia Keluarga Berilmu' dengan Kementerian Pendidikan dipilih menjadi kementerian peneraju bagi penganjuran kali ini.

JAKM akan berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus dengan membawa objektif memastikan semua rakyat dapat menghayati konsep Aspirasi Keluarga Malaysia dengan lebih jelas selaras manifestasi usaha dan komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan serta kehendak rakyat.

Berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 6 petang, JAKM menampilkan banyak reruai pameran kementerian, gerai-gerai jualan dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari tersebut.

 

 

 


Tag: