• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Jemaah Hadir Solat Jumaat Seawal Jam 11.30

KUALA NERUS, 22 Januari - Jemaah Masjid Mengabang Telipot hari ini hadir untuk solat Jumaat seawal jam 11.30 pagi. 

Hal ini berlaku akibat daripada peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) yang menghadkan jumlah jemaah kepada 40 orang tidak termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid. 

Timbalan Pengerusi Masjid Mengabang Telipot, Mohd Irwami Abdul Wahab memaklumkan, ketika pintu pagar masjid dibuka sudah ada jemaah yang beratur untuk masuk.

"Kami bagi pihak Masjid Mengabang Telipot hanya mengikut 'Standard Operation Procedure' (SOP) yang dikeluarkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 ini," tambahnya.

Menurut beliau lagi, jemaah yang hadir telah cukup had 40 orang sekitar jam 12.20 tengahari tadi. 

"Selain itu, SOP lain seperti kewajipan untuk memakai pelitup separuh muka, membawa sejadah dan memeriksa suhu telah menjadi amalan normal baharu bagi kami di sini.

"InsyaAllah, bagi mereka yang tidak sempat untuk memenuhi kuota 40 tersebut, niat dan usaha mereka  hadir ke masjid pasti akan diterima sebagai amalan oleh Allah S.W.T.," katanya.