• 20 Sept 2021 | 12 Safar 1443

'Jemari' Emas Mampu Tambah Pendapatan

MARANG, 18 Mac - Kelas jahitan 'Bengkel Jemari Emas' yang disertai golongan wanita, terutama suri rumah dan ibu tunggal  boleh diaplikasikan sebagai 'Benchmark' atau sempadan yang mampu menambah pendapatan keluarga.

Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Ab Rahman berkata, dia  harap peserta ambil peluang ini, kerana daripada kemahiran itu, peserta pastinya  boleh menjana pendapatan yang tinggi lebih-lebih lagi jika berupaya mengeluarkan jenama dan produk sendiri.

"Walaupun kita mungkin tidak sama seperti pereka fesyen di luar sana, guna sempadan ini untuk kita jana pendapatan sendiri di samping membantu kehidupan masing-masing.

"Ambil lah ilmu ini untuk menghasilkan produk sendiri dan jika boleh dipasarkan, itu adalah usaha yang sangat baik. Khairunnisa' juga boleh menawarkan khidmat untuk memasarkan produk tersebut melalui jualan atas talian seperti 'Shopee', tambahnya.

Beliau berkata ketika merasmikan program Bengkel Jemari Emas Parlimen Marang, di Balairaya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pengkalan Berangan, semalam.

Bengkel yang diadakan itu adalah salah satu program di bawah kluster ekonomi dan keusahawanan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa').

Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN), Sulaiman Sulong, dan isteri-isteri wakil rakyat dalam parlimen Marang.

To' Puan Seri Tuan Faizah turut memberitahu golongan wanita sebenarnya sangat istimewa di mana dalam al-quran juga disebut dalam satu surah iaitu surah an-nisa, malah ibarat kata pepatah 'Tangan Yang Menghayun Buaian, Mampu Mengoncangkan Dunia' serta tema hari wanita tahun ini juga, adalah 'wanita bangkit menghadapi cabaran'.

"'Oleh itu rebutlah peluang yang ada, tambahan pula sekarang ini pelbagai bantuan kerajaan ditawarkan semata-mata mahu membantu rakyat menambah sumber pendapatan,"katanya.

 

 

 

 

 

 

 


Tag: