• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Jerih Perih Teroka Tanah Terbalas

DUNGUN, 13 April - Jerih perih dan penantian hampir 45 tahun 100 penduduk di daerah ini sama ada tanah yang diteroka menjadi hak milik mereka atau tidak akhirnya terjawab kelmarin.

Seorang warga emas, Ahmad Kadir, 72 menceritakan dia bersama ayahnya meneroka tanah yang kini menjadi tapak rumahnya dengan menebang pokok dua pemelok dengan hanya menggunakan kapak dan golok. 

"Susahnya masa tu, ada kala datang binatang buas, gajah dan harimau tu perkara biasa.

"Tidak mudahnya sebenarnya, banyak terpakai mengalir air mata bila kenang balik kisah-kisah hendak dapat hak milik tanah ni, pernah sepasukan datang  ke rumah hendak halau pak cik sekeluarga sebab susuk atas tanah kerajaan.

"Jadi, alhamdulillah hari dapat ada sinarlah untuk tanah tempat kita tinggal dan bercucuk tanam akan jadi milik kita," ceritanya dalam nada sebak.

Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Borang 5A RTB Pertanian Belakang SMK Padang Pulut Mukim Jerangau/Kumpal Daerah Dungun di Dewan Sivik Bukit Merah di sini baru-baru ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Azman Shafawi Abdul Rani. 

Azizah (kanan) sedang menunggu giliran untuk mendapatkan Borang 5A 

Manakala Azizah Omar, 50, yang melihat kepayahan kedua ibu bapanya dengan tulang empat kerat menebang pokok hutan dan membersihkan hutan untuk dijadikan tapak rumah untuk memulakan kehidupan di situ gembira penat lelah dibayar.

"Dengan dapat Borang 5A ni rasa terbayarlah titik peluh emak dan ayah saya serta mereka yang seangkatan yang mula-mula mari meredah hutan untuk bina rumah sambil-sambil bersih hutan untuk bercucuk tanam sebagai punca pendapatan," ceritanya yang menganggap episod duka di zaman kanak-kanak.

Sementara itu ketika berucap merasmikan majlis berkenaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata pihak sudah bekerja keras untuk mengadakan infrastruktur kemudahan di tempat tanah mereka terima.

"Tetapi itulah ia memerlukan peruntukan yang besar, iaitu peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan prasarana dalam memberi kemudahan kepada rakyat, jadi sama-samalah kita doakan, ia dapat diluluskan," ujarnya. 


Tag: