• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Jihad Dadah 2.0 Bukti Komitmen PDRM Terengganu Hapus Dadah

SETIU, 20 Disember - Pelancaran Jihad Dadah 2.0 membuktikan komitmen Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontijen Terengganu dalam mencegah dan membanteras aktiviti jenayah berkaitan dadah.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir dalam ucapannya berkata, penglibatan semua pihak adalah penting dalam usaha mencegah aktiviti yang tidak sihat terutama aktiviti yang cenderung kepada najis dadah.

“Ibu bapa harus memainkan peranan yang terbaik dalam memantau aktiviti anak-anak, sekatan awal perlu dilakukan supaya tidak terjebak dengan aktiviti dadah seperti rokok elektronik atau ‘vape’, air ketum dan aktiviti yang tidak bermoral lain. 

“Dan infakkanlah (hartamu)  di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik, Al-baqarah : 195, "ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Majlis Pelancaran Program Jihad Dadah 2.0 Peringkat Daerah Setiu di Dewan Komuniti Kampung Telaga Papan disini semalam.

Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Mohd Marzukhi Bin Mohd Mokhtar  mewakili Ketua Polis Terengganu turut berucap. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin, ADUN Langkap, Sabri Mohd Noor, ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari A Rahman dan ketua-ketua jabatan.