• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

JKM, MAIDAM Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

KEMAMAN, 17 Januari – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Taman Perwaja di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pada pagi Jumaat lalu, Mohd Amirul Ezwan dan keluarganya diuji apabila rumah mereka terbakar.

Katanya, kebakaran yang berlaku tersebut memusnahkan bahagian ruang tamu rumah mangsa.

“Sebuah keluarga yang terlibat dengan kebakaran itu selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Pihak JKM dan MAIDAM juga telah menghulurkan bantuan awal berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas kepada mangsa tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui kenyataan di laman Facebook miliknya semalam.

Tambah Hanafiah, semoga kesemua mangsa yang terlibat dengan kebakaran tabah dengan ujian yang menimpa.
 
Di samping, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
 
Sementara itu, pihaknya juga akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa keluarga mangsa bagi membantu dari segi keperluan asas dan sebagainya.
 

 


Tag: