• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

JKR Sedang Nilai Struktur Tanah di Flat Bukit Kecil

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses penilaian tanah terhadap dua runtuhan kecil di bukit berhampiran Flat Bukit Kecil, Kuala Terengganu di sini sebelum mengambil tindakan lanjut.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata kejadian itu sudah berlaku pada musim tengkujuh tahun lepas.

Katanya, pihaknya sudah menulis surat bagi permohonan peruntukan kepada Jabatan Kajian Tempatan (JKT).

“Susulan itu, JKT akan turun melihat bukit tersebut pada 10 Ogos 2023, esok untuk membuat penilaian bagi tindakan selanjutnya.

"Anggaran awal dibuat oleh JKR adalah sebanyak RM3.1 Juta kerana dikesan terdapat dua tempat berlaku runtuhan di bukit itu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada hari ini.

Tambah Rosli, penentuan kos sebenar pembaikan hanya boleh dibuat selepas kerja-kerja penyiasatan tanah (soil investigation) dilakukan.

Seterusnya, pihak JKR akan menyediakan rekabentuk dan skop kerja perlindungan hakisan bukit berkenaan setelah kerja-kerja penyiasatan tanah dilakukan.

"Segala tindakan dan perlindungan komponen hanya boleh dibuat setelah kerja-kerja penyiasatan tanah dilaksanakan.

“Jadi tak semestinya Rm3.1 Juta, mungkin akan lebih atau berkurang daripada jumlah tersebut.

“JKR memerlukan peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk memulakan kerja-kerja penyiasatan tanah,” ujarnya.


Tag: