• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

JKR Serah Taska Permata Wisma Darul Iman


KUALA TERENGGANU, 5 Januari - Projek Menaiktaraf Kafetaria Wisma Darul Iman kepada Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) siap sepenuhnya akhir tahun lalu dan diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ir Yusof Abd Ghani kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Taska Permata Keluarga di Tingkat 1, Wisma Darul Iman, di sini.


Mohd Zahari turut menandatangani plak peletakan nama Taska Permata Wisma Darul Iman (TPWDI).

Taska di bawah kelolaan Yayasan  Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang diubahsuai Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada kafetaria kepada taska melibatkan kos RM300,000.

Dengan adanya TPWDI secara tidak langsung memudahkan kakitangan WDI sekali gus merasa tenang untuk bekerja kerana tidak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan.

Kewujudan pusat asuhan dalaman juga membolehkan sistem pemantauan dijalankan dengan baik dan selamat, selain mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh sepanjang ibu bapa mereka keluar bekerja.


Tag: