• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Jom Hadir ke Program Wanita Terengganu Bertadarus

KUALA TERENGGANU, 24 April - Rakyat Terengganu diseru beramai-ramai ke Program Wanita Terengganu Bertadarus Bersama Daie Peringkat negeri bagi membina dan melahirkan daie muslimah yang mendekatkan diri dengan Al Quran.

Pengarah program, Wan Nur Sakinah Din berkata, ia juga dapat melahirkan generasi daie Negeri Terengganu yang bertakwa serta berakhlak mulia sebagaimana acuan Al-Quran  As sunah.

"Program ini acara dapat membimbing para daie menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.

"Pengisian ilmu agama, pengisian rohani yang mampan serta pengurusan ekonomi yang mengikut acuan Al Quran Dan as sunnah sebagai kompas kehidupan," jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) berkata demikian ketika dihubungi, pada hari ini.

Program ini akan diadakan pada hari Isnin 25 April 2022, bertempat di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan kerjasama Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu Dan USWa.

Justeru itu, beliau berharap program sebegini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada daie muslimah Negeri Terengganu dan melahirkan generasi Daie muslimah  yang berdaya saying seiring maju berkat dan Sejahtera.

"Menerapkan kepelbgaaian kaedah dakwah kepada daie khususnya melalui pengisian program yang variasi Dan mampan," tambah beliau.image widget


Tag: