• 13 Nov 2024 | 11 Jamadil Awal 1446

JPKK Komited Laksana Tugas

DUNGUN, 30 Januari- Jawatankuasa  Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Bukit Besi terus komited menjadi penggerak hasrat kerajaan dalam menyampaikan maklumat mengikut saluran yang ditetapkan.

Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, JPKK adalah orang tengah yang membantu memudahkan segala urusan di setiap kampung.

"Setiap tahun kita adakan perhimpunan bertujuan memantapkan peranan mereka dan memperkuatkan lagi sebuah organisasi JPKK  itu sendiri.

"Ianya melibatkan pengerusi dan ahli JPKK di DUN Bukit Besi ini," ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Himpunan Jawatankuasa  Pembangunan Keselamatan Kampung 2022 Peringkat Dun Bukit Besi yang dihadiri seramai 250 peserta di Dewan Orang Ramai (BALORA), Al Muktafi Billah Shah di sini kelmarin. 

Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah i-MiTS Kamaruzaman Abdullah.

 


Tag:

Artikel Berkaitan