Raja Muda Kurnia Bintang, Pingat Pergerakan Pengakap Kepada 179 Penerima
MARANG, 19 Oktober - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Tanjung membuat laporan polis terhadap pemilik facebook bernama MohdFairuz Mohamadharun yang juga ahli sebuah parti kerana membuat satu hantaran fitnah berkait isu pemberian tanah.
Pengerusinya, Ismail Sepia berkata, laporan dibuat di Balai Polis Bukit Payong selepas individu berkenaan menuduh JPKK melakukan penyelewengan dalam pembahagian 10 lot tanah di Kampung Padang Tanjung.
Katanya, dakwaan tidak berasas itu telah menimbulkan suasana tegang serta memecah belahkan keharmonian penduduk kampung sejak ia mula ditularkan di media sosial bermula semalam.
"Laporan polis yang saya buat hari ini adalah menafikan isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Payong, ia ternyata tidak berasas dan berniat jahat dengan sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni.
"Laporan yang dilakukan ini juga berhasrat untuk menghentikan ketegangan yang telah berlaku membabitkan penduduk akibat termakan hasutan dan ia juga menjatuhkan kredibiliti JPKK yang selama ini sentiasa berusaha keras menyelesaikan masalah dihadapi masyarakat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis berkait isu fitnah yang yang dicetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO di Balai Polis Bukit Payong, di sini, semalam.
Tegas Ismail, pihak terbabit perlu segera menghentikan perbuatan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka agar hubungan masyarakat di kampung berkenaan kembali pulih dan dapat dijernihkan.
"Saya berharap agar pihak polis akan dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang bersesuaian di atas hasutan yang dilakukan tersebut," ujarnya.
Terdahulu, pemilik facebook bernama MohdFairuz Mohamadharun itu mengatakan JPKK Padang Tanjung mengagihkan tanah secara tidak adil.
Dakwanya, dia mendapat maklumat itu setelah mendengar cakap-cakap daripada orang.