• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

JPKK Rantau Abang Agih Bantuan Persekolahan

DUNGUN, 12 Disember - Menyedari masih lagi ramai pelajar yang sepatutnya menerima bantuan persekolahan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rantau Abang mengambil inisiatif mengeluarkan bajet membantu.

Pengerusi JPKK tersebut, Muhammad Deraman berkata penduduk di sini rata-rata adalah golongan B40 yang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang layak menerima Bantuan Persekolahan 2021  yang diagihkan Kerajaan Terengganu mulai awal November lalu. 

Alias berucap merasmikan Majlis sambil diperhatikan oleh Muhammad(kanan) 

"Tetapi memandangkan hanya 46  orang terpilih maka kami mengambil inisiatif mengeluarkan peruntukan yang kerajaan beri kepada JPKK sebelum ini untuk menampung mana-mana yang layak tetapi tidak terpilih." katanya.

Dalam majlis Bantuan Persekolahan 2021 Peringkat Kampung Rantau Abang yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN), Alias Harun di Balai Raya Kampung Rantau Abang itu, seramai 25 orang pelajar menerima sumbangan sebanyak RM100 seorang.


Tag: