• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Juara Dunia Silat Terima Lot Tanah Daripada Kerajaan Negeri

KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Kerajaan Terengganu menghadiahkan satu lot tanah kepada atlet silat negara, Siti Rahmah Mohamed atas sumbangan besarnya mengharumkan nama negara dan negeri dalam sukan silat di persada antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, lot di kawasan Setiu telah diberikan kepada juara dunia empat kali itu..

“Kerajaan negeri amat prihatin dan sentiasa mengambil berat terhadap atlet negeri ini terutama kepada mereka yang  menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan masing-masing di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

"Kejayaan dikecapi Siti Rahmah itu membuktikan Terengganu mampu melahirkan atlet sukan silat di negeri itu pada masa hadapan," jelasnya kepada UPDI.

Beliau berkata demikian selepas masjlis penyerahan tanah lot yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman.

Sementara itu, Rahmah yang juga Olahragawati Kebangsaan 2016 itu berkata, beliau amat bersyukur akhirnya segala proses mendapatkan tanah itu telah selesai.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian tanah ini yang pastinya dapat meningkatkan lagi semangat saya dan juga pelapis-pelapis atlet silat yang lain. 

Walaupun saya bersara nanti, akan ada juga peninggalan hadiah ini sebagai kenangan atas pengorbanan saya sebelum ini,” kata pemenang pingat emas dalam temasya Sukan SEA di Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017 dalam Kelas Putri D dan E.

 


Tag: