• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

‘Kad Sejahtera’ Inisiatif Demi Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat

HULU TERENGGANU,17 Mac - Kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan kesihatan rakyatnya terus terpelihara dan menjadi masyarakat produktif yang membangunkan negara. 


Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata,sehubungan dengan itu, Terengganu telah memperkenalkan Kad Sejahtera, satu inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapat rawatan di klinik swasta terpilih.

“Disebabkan itu, golongan sasar itu bakal menerima bantuan perubatan bernilai RM500 setahun.Menyedari kepentingan kesihatan, dasar kesihatan tetap menjadi keutamakan dalam semua rancangan pembangunan negeri. Jika dibandingkan dengan dasar-dasar lain, kesihatan adalah bidang yang tetap menjadi keutamaan kerajaan. 


“Contoh di DUN Ajil, seramai 501 orang yang layak dapat Kad Sejahtera di sini hari ini, membuktikan komitmen kerajaan dalam soal kesihatan rakyat terus diutamakan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Program penyerahan Kad Sejahtera kepada seramai 501 orang penerima di DUN Ajil hari ini.

Tambahnya, usaha tersebut bertujuan membantu meringankan beban golongan berkenaan khususnya bagi menerima rawatan asas serta pelbagai manfaat perlindungan kesihatan.
 
"Sebab itu, kerajaan menyediakan peruntukan besar, seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 yang lalu. Kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri  Mokhtar akan terus melakukan pelbagai penambahbaikan, dan juga lonjakan dari segi kualiti perkhidmatan,"katanya.