• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kadar Jenayah Di Terengganu Terkawal

KUALA TERENGGANU, 7 April – Kadar kes jenayah dilaporkan di Terengganu masih terkawal bagi tempoh tiga bulan pertama bagi tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kadar jenayah yang signifikan di Terengganu berunsur harta benda berbanding kekerasan. 

“Pecahan kes tersebut (harta benda) dipecahkan melalui kecurian sebanyak 150 kes, pecah rumah (120) dan kecurian motosikal (64).

“Kadar kes yang direkodkan ini juga antara yang terendah jika dibandingkan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Beliau turut berkata, Polis Kontinjen Terengganu turut berjaya mencapai peningkatan dalam penyelesaian kes bagi tahun lepas. 

Mengulas lanjut berkenaan penjualan mercun dan bunga api, Rohaimi mengingatkan penjualan tetap tidak dibenarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah serta pihak polis akan sentiasa memantau aktiivti penjualan ini terutama di bazar Ramadan.

 


Tag: