• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kadar Vaksinasi Terengganu Sudah Melebihi 40 Peratus

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Kadar vaksinasi Terengganu telah melepasi nilai ambang yang ditetapkan untuk beralih ke fasa ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kadar vaksinasi populasi dewasa semasa telah mencapai 42 peratus.

Kadar ini telah melebihi nilai ambang yang telah ditetapkan untuk Terengganu beralih ke fasa ketiga iaitu sebanyak 40 peratus.

"Kadar vaksinasi bagi dos pertama bagi populasi dewasa pula telah mencapai sebanyak 73 peratus," ujarnya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Stadium Negeri kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

"Alhamdulillah bekalan vaksin dan tenaga kita mencukupi, kita berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan," katanya kepada media kelmarin.

Jelas Dr. Alias, sebanyak 99 peratus kes yang berlaku di Terengganu datang dari kategori 1 dan 2, sedikit sangat bagi kategori 3, 4 dan 5.

"Ini adalah kesan daripada vaksinasi yang dapat mengurangkan kesan yang serius, kita tidak boleh mengurangkan wabak kerana penyakit ini menular," tambah beliau.

 


Tag: