• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Kajian Impak Dijangka Siap Oktober Ini

KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Hasil kajian impak ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia bagi mengurangkan impak kewangan terhadap negeri dan rakyat dijangka siap menjelang Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar kajian itu masih berjalan dan memerlukan penelitian.

“Kerajaan negeri melalui Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijangka siap pada Oktober 2022.

“Objektif kajian tersebut adalah bagi mengenalpasti ketidaktentuan ekonomi global yang bakal memberi kesan terhadap ekonomi negeri serta sosioekonomi isi rumah B40 dan M40,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Seberang Takir, Dato’ Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Istiadat Pembukaan Sidang DUN lalu mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri melaksanakan kajian berkenaan termasuk cadangan bagi mengurangkan impak tersebut.


Tag: