• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

DUNGUN, 30 Disember- Kampung Shukor, Hulu Dungun menjadi kawasan kedua dinaiki air selepas Kampung Pasir Raja, hari ini.

Sejak jam 6.00 petang tadi, Pusat pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kg Shukor mula dibuka menempatkan 20 buah keluarga yang telah berpindah dari kediaman masing-masing.

Seramai 68 mangsa melibatkan 46 dewasa dan 21 kanak-kanak serta seorang bayi menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terlibat bagi kedua-dua PPS bertambah kepada 137 orang.

Dalam pada itu, amaran berjaga-jaga dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berikutan bacaan aras tiga sungai utama iaitu sungai Dungun di Pasir Raja, sungai Telemong di Kuala Ping dan sungai Besut di Jambatan Keruak berada pada paras bahaya.

Bagaimanapun Sungai Besut berada pada trend menurun manakala sungai-sungai utama lain menaik. Penduduk di minta berjaga-jaga berikutan keadaan hujan berterusan malam ini.

 


Tag: