• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Karnival TMBS Terima Sambutan Luar Biasa

KUALA NERUS, 22 Julai - Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 300 peserta menyertai alviti konvoi motosikal sejauh 15 kilometer.

Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah berkata kehadiran dalam aktiviti konvoi itu membuktikan sokongan anak-anak muda terhadap program yang dianjurkan kerajaan.

“Kehadiran selebriti tanah air, Zul Huzaimy Marzuki dapat meriahkan lagi suasana serta dapat menaikkan semangat anak-anak muda kita untuk hadir program konvoi pada kali ini.

“Anak-anak muda merupakan golongan sangat penting dalam masyarakat kerana mereka adalah penghubung dalam menyalurkan maklumat berkait dengan agama, isu semasa dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa program santai Mat Motor, (KTMBS) bersama Zulhuzaimy bertempat di Dataran Padang Bola, Kg Wakaf Chagak, Batu Rakit semalam.

Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail.

Mengulas lanjut berkaitan program, Kamaruzzaman memaklumkan konvoi bermula dari dataran Kampung Gong Lingai ke Kampung Padang Kemunting, Kampung Wakaf Tengah dan berakhir di tapak karnival TMBS Kampung Wakaf Chagak.

Sementara itu, Mohd Shafizi melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada semua yang turut serta dalam konvoi kali ini.

 


Tag: