Artikel "Sukan" Terkini
SUKMA 2026: Skuad Basikal Trek Wanita Terengganu Dua Kali Pecah Rekod Kebangsaan
NILAI, 22 Ogos - Kontinjen berbasikal wanita Terengganu mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan bukan sekali, tetapi dua kali pada hari yang sama.Pencapaian membanggakan itu sekali gus memberi emas kepada pasukan dalam acara Women Team Pursuit 4,000 meter sempena Sukan Malaysia (SUKMA) di Velodrom Nasional, di sini, hari ini.Jurulatih Berbasikal...
22 Aug 26
508
SUKMA 2026: Silambam 'Libas' Pingat Pertama
SERDANG, 22 Ogos - Pasukan Silambam meraih pingat perak dalam acara pertama dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.Pingat tersebut diraih Lugen A/L Saravan dalam disiplin Thanitiramai Stick Individu Lelaki, yang menyaksikannya muncul pemenang tempat kedua bersama dengan atlet Kedah kerana terikat pada 8.8 mata.Pemenang pingat emas pula merupakan atlet...
22 Aug 26
418
SUKMA 2026: Tiada Perkampungan Sukan Bukan Halangan, Kebajikan Atlet Terengganu Terjaga
SHAH ALAM, 22 Ogos - Ketiadaan perkampungan sukan pada temasya SUKMA Selangor 2026 tidak menjadi halangan besar kepada kontinjen Terengganu.Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil inisiatif menyediakan penempatan, pengangkutan serta keperluan kebajikan atlet sepanjang temasya berlangsung.Walaupun begitu, beliau...
22 Aug 26
743
SUKMA 2026: Terengganu Juara Keseluruhan Pelayaran
SHAH ALAM, 22 Ogos - Terengganu membuktikan keunggulan pelayaran apabila mengutip dua pingat emas, lima perak dan satu gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.Kejayaan mengumpul keseluruhan lapan pingat itu, menyaksikan Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan sukan pelayaran.Dua emas Terengganu disumbangkan menerusi acara Int. 420 lelaki dan ILCA...
22 Aug 26
1800
SUKMA 2026: E-Sport Raih Dua Gangsa
WANGSA MAJU, 22 Ogos - Skuad E-Sport Terengganu berjaya menjelmakan satu pingat gangsa dalam acara E-Simulasi Perlumbaan Pantas Perseorangan Wanita Akhir, malam tadi.Pingat pertama dari arena E-Sport yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hadir menerusi Chloe Choo Kay Shyan yang mengumpul 47 mata, 16 mata di...
22 Aug 26
314
SUKMA 2026: Emas Sofbol, Hadiah Buat Coach Amirul
BANGI, 21 Ogos - Kejayaan skuad sofbol lelaki Terengganu meraih pingat emas pada SUKMA 2026 didedikasikan kepada mantan ketua jurulatih, Allahyarham coach Amirul, yang meninggal dunia ketika kejohanan sedang berlangsung.Pengurus pasukan sofbol Terengganu, Mohd Ayub Aizat Aman Shah berkata, kejayaan itu disambut dengan perasaan bercampur baur kerana kegembiraan meraih emas...
21 Aug 26
442
SUKMA 2026: Olahraga Sumbang Tujuh Emas
SHAH ALAM, 21 Ogos - Skuad Olahraga menutup tirai acara semalam, dengan menyumbangkan tujuh pingat emas kepada Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.Lebih manis, salah satu emas diraih dalam sukan rejam lembing yang dimenangi Noor Aliya Alias, satu acara yang sudah lama tidak menjadi milik Terengganu.Menurut pengurus pasukan, Kama...
21 Aug 26
383
SUKMA 2026: Abdul Karim Sumbang Pingat Perak Renang Buat Terengganu
SHAH ALAM, 20 Ogos - Atlet renang Terengganu, Abdul Karim Jaafar Azhar, berjaya menyumbangkan pingat perak buat kontinjen negeri itu menerusi acara 50 meter Butterfly Lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII.Kejayaan itu disifatkan sebagai pencapaian membanggakan buat Terengganu, selain membuktikan hasil kerja keras, disiplin dan kesungguhan Abdul Karim bersama...
21 Aug 26
537
SUKMA 2026: Iskandar, Bob Angkat Dua Pingat Penutup Kempen Angkat Berat
SHAH ALAM, 20 Ogos - Skuad angkat berat Terengganu menambah dua pingat penutup kempen menerusi Iskandar Zulkarnain dan Muhammad Al Iqram Hamizan pada hari terakhir saingan angkat berat SUKMA Selangor 2026.Iskandar Zulkarnain mengejutkan kontijen dengan pungutan pingat perak dalam kategori lelaki 110 kilogram (kg), walaupun bukan atlet sasaran selepas mengumpul...
20 Aug 26
462
SUKMA 2026: Banin Bidik Emas Kedua Skuad Menembak Terengganu
SHAH ALAM, 20 Ogos - Atlet menembak Terengganu, Banin Al Ghazali meraih pingat emas kedua buat kontijen negeri dalam acara 25M Standard Pistol Individu Lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.Banin mencatat 554 mata dengan 10x untuk muncul juara, menewaskan wakil Pahang, Cheah Zen Hong yang meraih perak...
20 Aug 26
612