Artikel "Utama" Terkini
Lapor PBT Jika Premis Jual Arak Secara Terbuka
DUNGUN, 19 Februari - Anggota masyarakat diseru supaya melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika mempunyai maklumat premis perniagaan atau mana-mana entiti yang menjual arak secara terbuka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata semua pihak sewajarnya sedia maklum dengan ketegasan kerajaan negeri melarang...
19 Feb 24
504
'Messi' Terengganu Berkelana Lagi
KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Pemain sayap yang digelar 'Messi Ganu', Mohd Faiz Nasir bakal dipinjamkan ke pasukan lain dalam usaha memastikan kantung pasukan Terengganu FC tidak berdepan masalah musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, seorang lagi pemain yang bakal mengikuti...
19 Feb 24
1614
Sabasun Tambah Cawangan Baharu di Dungun
DUNGUN, 18 Februari - Pasar raya milik anak Terengganu, Sabasun akan membuka cawangan baharunya yang ke-enam di Tapak Pasar Malam Dungun.
Pengurus besarnya, Che Salmi Che Ibrahim berkata, beliau memilih untuk membuka di daerah terbabit kerana menerima permintaan yang tinggi daripada penduduk Dungun.
"Juga merupakan hasrat kita sejak tujuh tahun...
18 Feb 24
3998
Terengganu Perluas Manfaat Teknologi Digital
BANGI, 18 Februari – Terengganu berhasrat untuk menjadi sebuah negeri ‘technologically-advanced economy and digitally-driven state’ iaitu negeri yang akan dipandu oleh teknologi digital dalam pelbagai aspek yang berbeza.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata Bengkel Projek E-Government Negeri Terengganu...
18 Feb 24
436
Sabasun 'Buang' 100 Peratus Produk Berkait Israel
DUNGUN, 18 Februari - Sabasun bertegas untuk memboikot sepenuhnya segala produk dan barangan berkait negara haram Israel bermula Mac ini.
Pengurus besarnya, Che Salmi Che Ibrahim berkata, ia termasuk produk daripada jenama Nestle yang tidak akan dijual lagi.
Ujarnya, Sabasun telah memulakan kempen boikot barangan Israel sejak 2002 secara berperingkat...
18 Feb 24
4578
Pesta Main Selut Jadi Tarikan Pelancongan Terengganu
BESUT, 18 Februari - Pesta Main Selut Bukit Tanah berpotensi dijadikan tarikan agro pelancongan berikutan keunikan yang ditampilkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, ia dibuktikan dengan kemeriahan acara basikal titi dalam penganjuran tahun lalu yang tular di seluruh negara.
Jelasnya, pesta itu boleh dibangunkan sebagai...
18 Feb 24
2058
Karnival Jualan Usahawan Belia Sejahtera Tarik Lebih 10,000 Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 18 Februari – Program Karnival Jualan Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) menerima lebih 10,000 pengunjung selama tiga hari program berlangsung yang bermula 15 hingga 17 Februari bertempat di pasaraya KTCC di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, seramai 24 orang...
18 Feb 24
558
Didikan Awal Berhijab Bermula Dari Rumah
SETIU, 18 Februari - Didikan awal berhijab bermula dari rumah dengan ibu bapa dan penjaga memegang peranan utama dalam membimbing anak-anak mengenai nilai-nilai menutup aurat, pemahaman tentang keagamaan dan mengajarkan kehormatan diri.
Ketua Nisa' kawasan Setiu, Siti Mardhiah Mohd Zain berkata, langkah proaktif itu bagi memastikan anak-anak membesar dengan kesedaran...
18 Feb 24
247
Beras Madani : Kerajaan 'Kluk Klek', Rakyat Jadi Mangsa
BESUT, 18 Februari - Kenyataan yang saling bercanggah dalam isu utama negara terutama melibatkan sumber makanan ruji negara seperti beras tidak boleh diterima sama sekali.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr. Azman Ibrahim menegaskan, percanggahan keputusan dalam kementerian lebih-lebih lagi apabila melibatkan makanan utama...
18 Feb 24
857
Terengganu FT Pertaruh Kudrat 'Anak Malaysia' Hadapi MPFL 2024
KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Terengganu Futsal Team (Terengganu FT) tampil sebagai satu-satunya pasukan tanpa pemain import dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 yang bermula hari ini.
Ketua jurulatih, Rozairi Ahmad menyifatkan, ia satu cabaran besar buat pasukan terbabit dalam menempatkan diri di kalangan pasukan terbaik Liga...
17 Feb 24
649