• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Katil Wakaf Bantu Pesakit

DUNGUN, 10 September - Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka sentiasa peka terhadap kebajikan penduduk memerlukan termasuk menerusi program wakaf katil. 

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Wirdan Shahidan berkata, sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan katil wakaf hasil sumbangan orang ramai boleh berhubung dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

"Pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Paka akan menghantar katil ini setelah mendapat maklumat daripada MPKK. 

"Semua orang diharap bersabar dan mereka berhak menggunakannya jika ada kekosongan," ujarnya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Mohd Wirdan berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan orang ramai bersama-sama mencari pahala berwakaf untuk membantu golongan memerlukan tanpa sangsi.

"Kita akan uruskan penghantaran katil wakaf terutamanya kepada pesakit kronik dan terlantar yang tidak mampu bergerak.

"Ia akan berpindah milik apabila seseorang telah kembali sembuh atau menghadap ilahi," katanya. 

 

 

 


Tag: