• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kaunter Aduan Rakyat Terima Sambutan Menggalakkan

SETIU, 31 Mac - Program Kaunter Aduan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit dan Langkap mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat selepas sekitar 20 aduan diterima.

Ahli parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, aduan-aduan tersebut sangat penting bagi memastikan fungsi wakil rakyat dapat dioptimakan sebaik mungkin.

"Apa yang lebih penting ialah masalah orang ramai melibatkan pelbagai hal dapat diselesaikan supaya beban rakyat dirungkaikan.

“Di DUN Batu Rakit kita ada menerima aduan tentang jalan berlubang, selekoh tajam, isu paip air dan tiang lampu Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dibina di atas tanah milik penduduk. Segala aduan yang kita terima akan kita lanjutkan kepada pihak yang berwajib.

"Di DUN Langkap pula kebanyakkanya melibatkan masalah jalan yang rosak. Walau bagaimanapun, kita juga ada menerima aduan di Kampung Tayor tentang kerosakan paip yang mana paip tersebut menyalurkan air bukit ke kediaman penduduk dan kita telah meluluskan sejumlah bajet untuk membaiki kerosakan itu. Insya-Allah kita akan cuba selesaikan.” katanya selepas program tersebut baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras bagi DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan DUN Langkap, Azmi Maarof.

Jelasnya, program itu akan diadakan di setiap DUN bertujuan untuk mendengar lebih dekat tentang permasalahan yang rakyat. hadapi. 

“Insya-Allah selepas ini Program Kaunter Aduan Rakyat akan diadakan pula di DUN Jabi dan diakhiri dengan Dun Permaisuri.”


Tag: