• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Kayu Hanyut Di Tasik Kenyir Bukan Sebab Pembalakan

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Sisa kayu yang hanyut di permukaan Tasik Kenyir, sebagaimana video tular di media sosial bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Hilman Abd. Rashid ketika dihubungi pemberita hari ini mengesahkan perkara terbabit.

Katanya, sisa itu adalah berpunca runtuhan struktur tanah di tebing bukit berhampiran kawasan berkenaan.

“Pihak kami sudah melakukan tinjauan melalui udara dan mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan dilakukan di sekitar kawasan Tasik Kenyir.

“Sampah dan sisa kayu dalam video tular itu adalah daripada runtuhan luar dan dari anak-anak sungai sekitar tasik ini,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 30 saat menunjukkan sisa kayu dan sampah memenuhi Tasik Kenyir.

Disebabkan itu banyak pihak membuat dakwaan kosong bahawa terdapat pembalakan yang dilakukan di kawasan tersebut.


Tag: