• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Kayuhan Outreach Tarik Lebih 100 Penyertaan

KUALA NERUS, 3 Jun - Kayuhan Outreach sejauh 11 kilometer sempena Jelajah Aspirasi  Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Terengganu, berjaya menarik lebih 100 penyertaan.

Lebih menarik, peserta kali ini terdiri di kalangan kenamaan dan ketua jabatan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

Sebelum menamatkan kayuhan, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bersama YBM Tengku berhenti di Taman Perumahan MAIDAM, Kubur Sharif, Kuala Nerus untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada empat asnaf di perumahan berkenaan.

Selepas menamatkan kayuhan di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Watiqhu Billah, Kuala Nerus, mereka diraikan dengan Jamuan Rakyat yang turut disertai kira-kira 2,000 masyarakat setempat di Taman Tasik Bandar Al-Watiqhu Billah.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan merangkap Menteri Peneraju JAKM Negeri Terengganu, YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin pula menyertai Fun Ride JAKM sejauh 25 kilometer bersama pengayuh lain bagi kategori terbuka.