• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Keadaan Ahmad Amzad Bertambah Baik

KUALA TERENGGANU, 14 September - Tahap kesihatan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad kini berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), ujar Dato' Dr. Kasemani Embong.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati tahap kesihatan dirinya stabil dan pasukan perubatan telah memberikan rawatan sewajarnya kepada beliau, pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatan beliau dan menghormati permintaannya untuk pulang berehat di rumah," ujarnya yanng merupakan Pengarah Kesihatan negeri sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti 'Kabak Bukit' sempena Program Merdekadi Parlimen Kuala Terengganu 2022 melakukan separuh pendakian bukit setinggi 156 meter dari aras laut..

Beliau kemudian dibawa menaiki ambulans Pertahanan Awam Malaysia (APM)) dan dikejarkan ke HSNZ untuk menerima rawatan.

Terdahulu, Ahmad Amzad bersama peserta program tersebut mendaki bukit itu selepas melakukan pelepasan peserta yang berkumpul di kawasan terbabit pada jam 7 pagi.