• 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445

Kebajikan Ibu Tunggal Seberang Takir Akan Terus Terbela


Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 11 Mei - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab akan memastikan kebajikan ibu tunggal DUN Seberang Takir akan dibela dan dijaga.

Menurut beliau, sebahagian ibu tunggal di DUN ini adalah dalam golongan yang berpendapatan rendah yang memerlukan perhatian.


"Kita akan memastikan segala kemudahan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan ini akan kita bahagikan secara adil dan saksama tanpa mengira warna bendera parti.

"Kita ambil contoh Tabung Siti Khadijah di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), ia diperuntukkan untuk golongan wanita," katanya ketika hadir dalam majlis bacaan Yasin dan agihan sumbangan kebajikan, di Rumah Kelab Ibu Tunggal DUN Seberang Takir,di Telaga Daing, hari ini.

Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir,  Jamaliah Abdullah dan Pegawai  Hal Ehwal Wanita i-MiTS Seberang Takir, Zainah Abu Bakar.

Fazil berkata, tabung itu sedikit sebanyak dapat membantu ibu tunggal dalam menjadi usahawan yang berjaya dan dapat menambah pendapatan mereka.

Sebanyak 40 barangan dapur seperti beras, gula dan minyak disumbangkan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat kepada golongan ibu tunggal berkenaan.



Tag: