DUNGUN, 26 Disember— Sebuah rumah yang didiami pasangan suami isteri, Ismail Ibrahim dan isterinya Nurul Wahidah Arifin @ Mukhtar, musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 pagi, pada Rabu.
Menurut maklumat awal, ketika kejadian berlaku hanya isteri mangsa berada di rumah, manakala suaminya telah keluar bekerja.
Nurul Wahidah berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan, namun kediaman mereka musnah sepenuhnya dijilat api.
Apa yang lebih menyentuh hati, beliau sedang menjalani rawatan dialisis akibat masalah buah pinggang dan perlu berulang-alik ke hospital dua kali sehari.
Dalam keadaan kesihatan yang lemah, beliau terpaksa berdepan detik cemas apabila kebakaran berlaku dan hanya mampu menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan harta benda.
Wan Hassan berkata, kejadian berkenaan memberi kesan besar kepada pasangan itu yang kehilangan tempat berteduh dan keperluan asas dalam sekelip mata.
"Orang ramai turut diseru agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga ini dan semoga mereka diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini," katanya.
Sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian turut disampaikan.
Setakat ini, jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.