• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Kejohanan PPD Bukit Besi Medan Lahir Bintang Bola Sepak

Ghazali Sulaiman bersama pasukan bertanding 
Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 3 Ogos - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah bagi merebut Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi meletakkan misi untuk terus melahirkan pemain bintang di peringkat tertinggi.

Penyelaras Pemuda DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, sebanyak 18 pasukan yang menyertai acara berprestij tersebut telah menyajikan aksi terbaik bagi merebut kejuaraan.

Katanya, kejohanan seperti itu mampu mencungkil bakat-bakat baharu seperti yang pernah dilahirkan sebelum ini.

“Ia telah terbukti sebagaimana munculnya bakat berkualiti seperti penjaga gawang Terengganu FC, Ilham Amirullah dan Kapten Pasukan Terengganu FC II, Hasbullah Awang,menunjukkan sentiasa ada bakat-bakat baharu yang boleh digilap,” katanya semasa ditemui media selepas kejohanan berkenaan berakhir baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman memberi penghargaan atas penganjuran kejohanan berkenaan kepada PAS dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Besi.
Menyaksikan kejohanan yang sedang berlangsung.
“Kita harapkan agar aktiviti sukan dan kejohanan tidak bertumpu pada bola sepak sahaja, perlu juga kepada menganjurkan aktiviti sukan yang lain seperti ping pong, badminton, berbasikal dan sebagainya agar akan lebih ramai lagi mampu melibatkan diri, kerana minat diantara anak muda adalah berlainan,” saran beliau.

Dalam kejohanan tersebut Bukit Besi A telah mencipta sejarah apabila memenangi kejohanan itu sekaligus membawa pulang piala, medal berserta wang tunai sebnayak RM 1,000.

Naib Johan pula dimenangi Kuala Jengai B dengan membawa pulang medal beserta wang tunai RM700, manakala tempat ketiga dan keempat diungguli Kuala Jengal A serta Ayahanda FC sekaligus membawa pulang wang sebanyak RM400 berserta medal.

18 pasukan lain yang turut berentap ialah Bukit Besi B, Syukur A, Kuala Jengai A, Dendang FC, Jerangau, Taman Mulia, Syukur B, AMBS A, Perumahan Bukit Besi, Felda Jerangau, Pasir Raja FC, Besol, Bukit Besi A, Setia FC, Tangki Air, Sri Cemerong, Gabang FC dan Kuala Jengal B.





Tag: