• 03 Dis 2020 | 17 Rabiul Akhir 1442

Foto oleh: Muhammad Azizi Zakaria

KEMAMAN, 12 Oktober - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat memberikan hadiah berupa kek kepada kakitangan Pejabat Pos di DUN berkenaan sempena Hari Pos Sedunia 2020, semalam. 

"Tidak terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Pos Sedunia 2020 kepada mereka dan menyampaikan kek sebagai tanda menghargai jasa-jasa warga pos, kourier dan penghantaran.

Segala dokumen dan keperluan penting harian kita bergantung kepada mereka. Apatah lagi ketika musim wabak COVID-19 yang melanda kini, sudah tentu sedikit sebanyak tugasnya makin sukar dan mencabar," ujarnya. 

Katanya lagi, tanpa mereka, kita tidak mungkin boleh meneruskan kehidupan seharian dengan lancar.

"Mereka bermandi peluh, meredah hujan dan menghadapi segala risiko demi urusan kita," ujarnya kepada pemberita ketika dihubungi.

Serahan kek tersebut disampaikan oleh isterinya, Zahiyah Rahman mewakili Hanafiah yang hadir bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai.

Tiga tempat yang menerima kek tersebut iaitu Pejabat Pos Cawangan Chukai, Pejabat Pos Laju Chukai dan Pejabat Pos Cawangan Serahan Chukai.

Hari Pos Sedunia disambut 9 Oktober di seluruh dunia sejak 1969, sebagai peristiwa penting bagi perkhidmatan pos di seluruh dunia untuk mengetengahkan kepentingan dan sumbangan perkhidmatan itu kepada masyarakat global selain mengiktiraf tenaga kerja pos sedunia.


Tag: