• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Kelab Basikal WDI Jadi Duta Kecil Sukan Basikal Terengganu

Tengku Mohd Ariffin menyerahkan jersey kepada salah seorang ahli WDICC, baru-baru ini di Wisma Darul Iman


KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kelab Berbasikal Wisma Darul Iman (WDICC) berhasrat menjadi duta kecil sukan berbasikal negeri bagi mempromosikan Terengganu kepada umum, terutama peminat acara itu.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol), Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata,  inisiatif itu juga sebagai sokongan berterusan kepada Terengganu yang terkenal sebagai kilang melahirkan jaguh bagi sukan berkenaan.

“WDICC ini telah diilhamkan dan mula aktif dalam riadah berbasikal di sekitar Kuala Terengganu untuk membentuk dan membudayakan komuniti yang sihat di kalangan warga kerja Wisma Darul Iman menerusi riadah kayuhan basikal.

“Di samping itu dapat memupuk semangat kerjasama dan jalinan ukhwah yang berterusan dikalangan kakitangan menerusi minat dalam aktiviti ini yang secara tidak langsung mewujudkan semangat ‘team work’ serta semangat kesukanan untuk kesihatan,”katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini, hari ini.


Kahlian WDICC setakat hari ini , seramai 54 orang yang diwakili daripada pelbagai jabatan di Wisma Darul Iman sebagai  antara platform untuk mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat.


Menurutnya, WDICC juga berhasrat menyertai program berbasikal yang dianjurkan oleh kerajaan dan lain-lain agensi.

“Adalah menjadi harapan agar pendekatan ini menjadi ikutan kepada agensi-agensi lain kearah membentuk warga kerja yang sihat dan produktif,”katanya.


Tag: