• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Kelas Jahitan YPKT Bantu Tingkatkan Kemahiran Menjahit

MARANG, 8 Mac -  Penganjuran Kelas Jahitan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang,  mampu menjadi salah satu impian dan fokus untuk menyemarakkan kemahiran menjahit dalam kalangan rakyat Terengganu.

Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, pada tahun 2021 ini, beliau sangat gembira atas penganjuran kelas jahitan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sebagai memberi kemahiran kepada penduduk setempat khususnya.

"Dengan kelas jahitan ini, Kak Zah sendiri secara peribadi berharap kelas jahitan ini dapat memberikan pulangan yang baik kepada para peserta nanti.

"Saya juga berharap para peserta kena meletakkan impian dan cita-cita yang tinggi. Tidak hanya sekadar berhenti di kelas jahitan ini sahaja, namun ada cita-cita untuk mendalami kemahiran menjahit yang lebih 'advance',"katanya.

Beliau berkata ketika hadir menyempurnakan majlis perasmian Kelas Jahitan Komuniti Dun Rhu Rendang yang diadakan di Balairaya Kampung Medan Jaya 1.

Turut hadir adalah Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Zaki Wan Abdullah, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman dan Penghulu Mukim Rusila, Mohd Shukri A Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Medan Jaya 1 Azmi Salleh

Menurutnya, beliau sendiri sebelum ini yang berlatar belakangkan bidang Agama di Universiti tempatan telah menukar bidang kepada 'Fashion Design' sewaktu mengikuti suami, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di United Kingdom.

"Ini kerana, bidang jahitan ini boleh pergi jauh kehadapan sebagai sumber pendapatan kepada semua golongan terutamanya kaum wanita dan suri rumah. 

"Bidang ini sangat berpotensi, sekarang Khairunnisa' juga menganjurkan kelas jahitan dalam membuat kraftangan, dan target kami adalah untuk turun di kesemua parlimen di seluruh negeri Terengganu'

Katanya lagi, tenaga pengajarnya adalah beliau sendiri dan untuk target seterusnya adalah untuk ke Hulu Terengganu sebelum turun ke dun-dun di Terengganu.

Sebelum ini, kelas jahitan komuniti ini telah ditempatkan di Balairaya Kampung Rhu Renggeh dan Balairaya Kampung Kelulut yang diadakan secara dua sesi melibatkan waktu pagi dan petang selama hampir tempoh enam bulan.

 


Tag: