• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Keluarga Besar Allahyarham Haji Omar Dan Wook Berkumpul

Sebahagian daripada keluarga pasangan Omar dan Wook yang menyertai majlis perjumpaan keluarga itu.


Seramai 186 ahli keluarga pasangan Allahyarham Omar Che Mat dan Wook Awang dari Kampung Surau, Kuala Besut berkumpul pada majlis perjumpaan keluarga itu yang diadakan di sebuah resort di Merang selama dua hari berakhir kelmarin.

Anak bongsu Allahyarham, Yusof Omar, 62 berkata, hari keluarga yang memasuki kali keempat diadakan itu adalah atas inisiatif abangnya Ismail Omar yang juga pengerusi sambutan.

"Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakan iaitu seramai 186 ahli keluarga Haji Omar Gong Surau hadir memeriahkan program ini yang terdiri daripada empat generasi iaitu anak, cucu, cicit dan cuit," katanya.

Yusof berkata, antara acara diadakan pada program itu, antaranya ialah solat berjemaah, sukaneka, persembahan malam gala dan penyampaian hadiah.

"Melalui program sebegini setiap anggota keluarga dapat berkenal mesra antara satu sama lain kerana kebanyakan mereka tinggal berjauhan dan jarang bertemu.

"Ada di kalangan ahli keluarga yang bekerja sebagai doktor, jurutera, guru, ahli perniagaan dan bekerja sendiri," katanya.

Yusof berkata, Allahyarham Omar Che Mat mempunyai tujuh anak dan dua daripadanya sudah meninggal dunia.

"Anak-anak Haji Omar ialah Ismail Omar 77, Hasmah Hj Omar, 69 Rahinah Omar ,67 Ab Halim Omar, 64 dan Yusof Omar, 62.

"Anak lelaki semua pesara kerajaan, dua orang guru dan seorang pegawai penjara manakala dua perempuan adalah surirumah," katanya.

Tag: