• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kemaman Dilanda Fenomena Air Pasang Besar

KUALA TERENGGANU, 4 Januari - Kemaman dilanda fenomena air pasang besar hingga menyebabkan beberapa kawasan yang terletak berhampiran pesisir pantai dan muara sungai dinaiki air, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, berkata susulan kejadian berkenaan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kuala Kemaman serta Jabor.

"Pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, Chukai kira-kira jam 9 malam tadi dan 10 mangsa daripada dua keluarga telah ditempatkan di PPS tersebut.

"Satu lagi PPS telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor membabitkan lapan mangsa daripada dua keluarga yang dipindahkan ke PPS itu pada jam 10 malam tadi," kata kenyataan itu hari ini.

 


Tag: