• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kemasik Giatkan OutReach Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

KEMAMAN, 3 Julai - Program ini diadakan bagi tujuan untuk membantu komuniti supaya urusan pendaftaran vaksinasi dan penerimaan vaksin berjalan dengan lebih cepat dan mudah.

Petugas dan sukarelawan akan pergi rumah ke rumah untuk mengambil maklumat komuniti bagi mereka yang belum daftar vaksin dan yang telah berdaftar. Contohnya di aplikasi MySejahtera namun, masih belum dipanggil untuk menerima suntikan DOS pertama.

Oleh itu, proses penerimaan vaksin akan berjalan dengan lebih mudah dan cepat dengan cara tersebut.

Ia berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada 2 Julai & 3 Julai di peringkat DUN Kemasik.

Hari pertama pada 2 Julai, ADUN Kemasik bersama sukarelawan datang ke rumah komuniti setempat
untuk mengambil maklumat tuan rumah.

Terdapat lima buah kampung dalam DUN Kemasik menjadi fokus utama program ini iaitu, Kg. Bukit Kukuran Kemasik, Kg. Gong Chengal Kemasik, Kg. Gelugor Kertih, Kg. Tengah Kertih dan Kg. Telaga Papan Kertih.

Setakat ini penduduk di sekitar lima buah kampung itu, menunjukkan reaksi positif dengan memberi kerjasama yang baik untuk sama-sama berjaya mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan kerajaan sebelum akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Kemaman bersama sukarelawan pergi ke rumah komuniti setempat
di Kg. Bukit Kukuran Kemasik untuk mendapatkan maklumat mereka.

“Insya-Allah, Pejabat Parlimen Kemaman akan terus komited membantu dan memastikan pendaftaran imunisasi Covid-19 ini dapat mencapai sasaran yang sepatutnya di Kemaman ini," ulas Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid.

"Kami akan berusaha sehabis baik bagi memastikan Terengganu boleh berpindah ke Fasa 2 PPN. Seterusnya sama-sama bergerak bagi memastikan kita capai imuniti kelopok (herd imunity) bagi negeri kita," tambah ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.

Hari kedua pada 3 Julai, ADUN Kemasik diiringi oleh AJK JPKK Kg. Gong Chengal Kemasik
hadir ke rumah sekitar kampung ini bertanya khabar dan mendapatkan maklumat untuk vaksinasi.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dan Jawatan Pengurusan Bencana Daerah Kemaman. Dengan Kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kemaman, PKM ADUN Kemasik, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK), Penerangan Daerah Kemaman dan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

 


Tag: