• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Kemeriahan Kanak Kanak Tadika Sambut Merdeka

Pelajar Taska memperagakan pakaian kreatif yang bertemakan jalur gemilang.
KEMAMAN - Seramai 203 pelajar Tadika Yayasan Terengganu Cawangan Kijal menyambut hari kemerdekaan bersama 27 warga tadika termasuk kakitangan dan guru-guru.

Guru Besar Tadika Yayasan Terengganu Cawangan Kijal Kampung Bukit Anak Dara, Rohaya Mat Baki berkata, program yang disambut pada hari ini adalah bertujuan untuk menanamkan rasa sayang dan cintakan negara serta memupuk semangat kemerdekaan dikalangan kanak-kanak.

“Pagi tadi pihak guru tadika menyusun kanak-kanak dalam bentuk peta Semenanjung Malaysia dan nombor 61 yang merupakan tahun kemerdekaan.

Selain itu, antara aktiviti yang dilakukan kanak-kanak adalah pembarisan, perarakan sekeliling tadika, nyanyian lagu Negaraku dan Kemerdekaan serta pertunjukan pakaian kreatif yang menggunakan jalur gemilang.


Beliau berkata demikian selepas tamat program sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di Tadika Yayasan Terengganu Cawangan Kijal, kelmarin (30 Ogos).

Seterusnya, menurut Rohaya Mat, dengan mengadakan program sambutan ini dapat menambahkan semangat patriotik di kalangan orang muda mahupun orang lebih dewasa.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang dan disambut penuh meriah dengan pelbagai ragam aktiviti serta persembahan pakaian jalur gemilang,” katanya.





Tag: