• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kempen Patuh SOP Berjaya Didik Rakyat

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Kempen pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa dilakukan oleh Jabatan Penerangan dari semasa ke semasa berjaya memberi kesedaran kepada orang ramai. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, berdasarkan pemerhatiannya masyarakat di Terengganu dilihat terus mematuhi SOP walaupun Terengganu telah memasuki fasa empat Peloan Pemulihan Negara (PPN)

"Ke mana-mana saya pergi, misalnya saya pergi ke Pulau Redang semalam, ramai orang di sana tetapi mereka tetap mematuhi SOP kita tidak tahu bila akan hilang pandemik Covid-19, sekarang endemik Covid-19, kita hidup dengan norma baharu, jaga SOP, " katanya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang itu berkata demikian di Program Info On Wheel Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu di Bukit Besar di sini hari ini. 
 
Mengulas tentang program itu, Tengku Hassan berakta, orogram terbabit merupakan jelajah penerangan berkaitan pematuhan SOP era pandemik COVID-19. 

"Sekarang kita boleh 'dine in', jadi saya tengok masing-masing patuh SOP," katanya.


Tag: