• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Keperluan Rakyat Amanah Kami

KUALA TERENGGANU, 28 September - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bandar begitu komited dalam memastikan tiada warga komunitinya terabai dari sudut kebajikan. Keperluan rakyat merupakan amanah yang terpikul di pundak setiap wakil masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, PKM Dun Bandar sentiasa mengalukan kedatangan warga komuniti untuk datang mengadu ataupun berkongsi permasalahan yang dihadapi.

"Kami akan berusaha semampunya untuk membantu mereka yang memerlukan. Namun masyarakat harus faham  antara keperluan dan keinginan."

"Jangan sampai terambil keperluan orang lain kerana hanya mahukan keinginan kita ditunaikan. Itu adalah satu dosa," katanya.

Ahmad Shah berkata demikian ketika ditemui semasa penyampaian sumbangan kebajikan termasuk sebuah kerusi roda kepada Pak Bidin di rumahnya di Kampung Losong Haji Mamat, baru-baru ini.

Beliau sudah tiga bulan tidak dapat bekerja kerana diserang penyakit Gout. Ibunya pula menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan sedang dalam rawatan susulan di klinik.

 


Tag: