• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kerajaan Ambil Langkah Tangani Isu Haiwan Liar

KUALA LUMPUR, 26 Oktober –Kerajaan memandang serius isu berkaitan konflik manusia dan haiwan liar untuk menangani isu berkenaan melalui pelbagai program yang dilaksanakan diantaranya ialah melakukan kaedah Penakaian (pemindahan) di kawasan yang berisiko untuk haiwan berkenaan pupus dan terdedah kepada bahaya.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata program berkenaan diadakan secara bersepadu melibatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung  melalui Program Perangkap  Komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat dengan masalah berkenaan.

“Konflik manusia dan hidupan liar seperti kehadiran gajah liar di kawasan kampung berlaku akibat (berlaku) pengecilan habitat mereka. Menyebabkan gajah menjadikan kebun-kebun dan tempat yang berhampiran hutan sebagai tempat rayauan (jajahan) mereka.

"Ia sama seperti manusia, apabila rumah manusia diganggu dan diceroboh, mereka akan mencari tempat lain untuk dijadikan tempat tinggal.

“Kebanyakan kejadian disebabkan kawasan kebun penduduk tidak dilengkapi dengan langkah-langkah fertigasi seperti pagar eletrik, ini menyebabkan gajah senang untuk ceroboh kawasan berkenaan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian di dalam Sidang Dewan Rakyat pada petang ini bagi menjawab berikutan soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Setiu,ShaharIzukirnain  Abd Kadir ketika ucapan Perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021, di Dewan Rakyat, semalam.

Dewan rakyat pada semalam telah meluluskan Rang Undang-Undang berkenaan yang turut meningkatkan denda 100 peratus berbanding hukuman sedia ada bagi membendung penjenayah pemerdagangan hidupan liar, khasnya pemburu haram akan berhadapan denda mencecah RM1 juta.

"Jadi pendekatan ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi hidupan liar malah turut melindungi habitatnya," katanya.


Tag: