• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerajaan Berbelanja Demi Kesejahteraan Rakyat

KUALA TERENGGANU, 7 April- Kerajaan Negeri sanggup berbelanja dengan pelbagai peruntukan yang disalurkan demi kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, sepanjang tahun ini bantuan daripada kerajaan Terengganu akan disalurkan tanpa putus untuk kebajikan setiap golongan yang memerlukan. 

"I-Belia, I-Siswa, Pencen Rakyat, Wad Kelas Tiga yang tidak perlu bayar duit dan hari ini Kad Sejahtera untuk ke klinik-klinik swasta sebanyak RM500 seorang, di DUN Ladang kali ini seramai 760 orang penerima, banyak juga yang kerajaan belanjakan. 

"Ini untuk mengelakkan rakyat bersesak di hospital kerajaan dan supaya rakyat dapat rawatan segera, "ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat dan Penyampaian Kad Sejahtera di sebuah hotel di sini semalam.


Tag: