• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerajaan Beri Tumpuan Utama Bina Jambatan Tok Nandong

SETIU, 17 Mac –Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah bersetuju bagi memberi keutamaan kepada pembinaan jalanraya dan jambatan di Kampung Tok Nandong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Setiu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata demikian dalam ucapanya bagi memberi jawapan berkenaan pertanyaan Ahli Parlimen Setiu berkenaan status permohonan projek ini, di Persidangan Dewan Rakyat ,pada hari ini.

“Pihak kementerian telah menerima permohonan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu berkenaan projek menaiktaraf jalan dan membina jalan di Kampung Tok Nandong, Setiu.

"Skop yang telah dimohon pembinaanya adalah 100meter dalam spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Dua. Permohonan tersebut telah pun disemak oleh JKR dan memastikan skop dan kos pembinaanya adalah tepat,"ujarnya.

Tambahnya lagi, UPEN Terengganu meletakkan projek ini sebagai salah satu keutaamaan untuk negeri ini dan kementerian telah memohon untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Tiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12.

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd kadir berkata, RP3 RMK-12 itu akan dibentangkan pada tahun ini dan menyatakan bahawa ia merupakan satu berita baik buat rakyat Setiu kerana kementerian terbabit telah memberi tumpuan utama untuk menyegerakan perkara tersebut demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

 


Tag: