• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerajaan Digesa Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik - MP Setiu

 

KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Disaat dunia dilanda pandemik Covid-19 ramai yang terkesan, tidak terkecuali rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan miskin tegar.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir melalui ucapanya di dalam sesi Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), menyatakan kerajaan perlu membantu rakyat melalui inisiatif yang boleh kerajaan berikan.

Katanya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mencatat keuntungan bersih pada separuh pertama tahun ini mencecah RM1.8b berbanding tahun lepas hanya RM1.4b dalam tempoh yang sama. 

“Justeru bagi membantu golongan miskin tegar ini juga, saya mencadangkan agar diskaun bil elektrik bagi kegunaan domestic dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dilanjutkan sehingga akhir 2021," saran beliau.

Sebelum ini kerajaan bersetuju memberi diskaun bil eletrik yang dijangkakan tamat pada bulan september 2021 dan beliau mencadangkan dilanjutkan sehingga akhir tahun 2021.

Dalam pada itu, Shaharizukirnain juga sempat menyentuh berkaitan bekalan eletrik di kawasan Setiu, kebanyakkan pulau masih menggunakan generator set.

“Saya juga memohon supaya bekalan elektrik ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian dapat dipertimbangkan untuk kemudahan penduduk setempat dan premis-premis pelancongan," katanya.


Tag: